Sunday, January 15, 2012

Profil Kodan, Satu-satunya Peserta Solo


  • Kodan
  • Mohd Shahdan Bin Salleh
  • Klang, Selangor
  • 27 tahun
  • Menyanyi, berlakon, mengacara,bermain percussion
  • Event Management
Mungkin ramai yang belum mengenalai KODAN ni, tapi sebelum ni KODAN juga pernah terlibat dalam beberapa aktiviti seni. Munkin belum rezeki dia lagi. Tapi kali ni KODAN berpeluang mengfamouskan diri setelah berjaya dalam ujibakat Raja Lawak 6. 

Bagi yang tidak mengenali Kodan, peserta solo ini pernah menjadi penyanyi bersama kumpulan Flava dalam program Gangstarz yang popular melalui lagu berjudul Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk. Malah, Kodan yang sebelum ini dikenali dengan nama Shahdan Salleh pernah menyertai program Pilih Kasih dan menjadi pengacara program Aktif 5 di iTV Saluran 180 di Astro.

"Ramai orang gelar saya gila program realiti TV. Namun, saya bukanlah begitu.

"Jikalau ada orang bertanyakan kerja sebenar, saya lebih selesa menjawab sebagai seorang penghibur. Saya juga tidak kisah jika orang nak panggil saya penyanyi, pelakon, pengacara atau apa sekalipun.

"Terus-terang, ini cubaan saya untuk menjadi pelawak. Bukan senang nak jadi pelawak. Saya menganggap pelawak adalah golongan cendiakawan kerana sering saja mempunyai idea kreatif untuk membuatkan orang berjenaka," katanya.

FLAVA - Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk

Papepun, buat KODAN, lakukan yang terbaik dalam Raja Lawak 6. Cabarannya sudah semestinya besar apatah lagi dia merupakan satu-satunya peserta solo dalam musim kali ini. 

2 comments:

  1. hehehe.. gua suka lagu ni bro... lame tak dengar....

    ReplyDelete
  2. haha okeh bro
    gua xlyan lgi lagu ni..
    nanti nk try layan..

    ReplyDelete