Setelah menjalani minggu kedua dalam Raja Lawak 6, seperti biasa segala persembahan yang telah disampaikan oleh 12 peserta Raja Lawak 6 diimbas kembali dalam sesi "Post Mortem" yang diadakan bersama Cif Besar dan Cif Kecil. Segala kelemahan melalui komen-komen juri dikaji semula bagi meningkatkan lagi mutu persembahan lawak mereka.
Dalam sesi ini juga, tugasan untuk Gelanggang Raja Lawak 6 Minggu Ketiga diperkenalkan. Tugasan atau tema yang baru ini diumumkan oleh Cif Besar, Ahmad Idham. Segala idea, bentuk persembahan dan konsep yang akan mereka gunakan akan dilatih dan disampaikan di hadapan Cif Besar nanti sebelum digunakan di dalam Gelanggang Raja Lawak 6 Minggu Ketiga nanti.
p/s : Nak tahu apakah tema untuk minggu ni, kena tengok Raja Lawak Minggu 3 Jumaat ni

No comments:
Post a Comment