Sunday, February 12, 2012

Undian Bukan Milik GMAN Undian Bukan Milik GMAN

GMAN


Tema Komedi Muzikal di Minggu Kelima Gelanggang Raja Lawak 6 menyaksikan satu lagi kumpulan meninggalkan Raja Lawak 6. Kumpulan yang dianggotai oleh Jiggy dan Man ini teah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu ini setelah undian tidak berpihak kepada mereka. Meskipun tersingkir, GMAN telah menunjukkan persembahan yang hebat serta mendapat pujian daripada juri.
Secara keseluruhan, persembahan daripada peserta Raja Lawak 6 minggu ini sangat memuaskan walaupun ada beberapa kumpulan yang kurang menyerlah berbanding minggu lepas dengan tema CINTA. Rata-rata peserta membuat persembahan yang menepati tema yang diberikan.
Persembahan yang hebat tanpa undian yang banyak oleh peminat tidak menjamin mana-mana peserta untuk kekal dalam Raja Lawak. Meskipun sukar untuk mengumumkannya, juri tetap Shiela Rusly terpaksa mengumuman penyingkiran minggu ini.
Kedudukan peserta selepas undian ditutup adalah seperti berikut:
  • 1. 2YOL - 21%
  • 2. AZERO - 13%
  • 3. SSHIRO - 12%
  • 4. CUIT - 12%
  • 5. ALBOB - 10%
  • 6. SELAK - 9%
  • 7. RIKI - 8%
  • 8. SKEMA - 8%
  • 9. GMAN - 7%
Dengan penyingkiran GMAN, 8 peserta yang tinggal bakal beraksi dalam Gelanggang Raja Lawak 6 Minggu Keenam. Apakah tema persembahan mereka minggu hadapan? Siapa pula yang akan tersingkir minggu hadapan? Saksikan Gelanggang Raja Lawak 6, setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (132).
Sumber : astro.com.my

No comments:

Post a Comment