Friday, January 20, 2012

Tiada Penyingkiran di Minggu 2 Raja Lawak 6



Hutang Emas Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibawa Mati, Hutang Peluang Hanya Sekali. Begitulah peluang yang diberikan kepada kesemua 12 peserta Raja Lawak 6 apabila tiada penyingkiran yang dilakukan malam ini. Kesemua peserta bakal berentap sekali lagi di minggu ketiga Gelanggang Raja Lawak 6.
Tema yang diberikan dalam minggu kedua iaitu HUTANG telah mempamerkan peningkatan oleh beberapa peserta yang sebelum ini dikritik hebat oleh juri-juri tetap. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan persembahan yang baik.
Walaupun tiada penyingkiran, 3 kumpulan iaitu ALBOB, RIKI dan KETUPAT telah dipanggil ke pentas. Juri juga telah memberikan beberapa peringatan agar melakukan persembahan yang bagus minggu akan datang. Peluang ini hanya diberikan sekali ini dan penyingkiran sudah pasti akan dilakukan minggu akan datang.
Berikut adalah peratusan markah yang diterima selepas talian undian ditutup.
  • 1. ZERO - 15%
  • 2. SHIRO - 11%
  • 3. CUIT - 10%
  • 4. 2YOL - 9%
  • 5. SELAK - 9%
  • 6. KODAN - 8%
  • 7. SKEMA - 7%
  • 8. GMAN - 7%
  • 9. KING - 6%
  • 10. ALBOB - 6%
  • 11. RIKI - 6%
  • 12. KETUPAT - 6%
Kesemua 12 peserta Raja Lawak 6 akan berentap semula dalam minggu ketiga Gelanggang Raja Lawak 6. Siapakah yang bakal tersingkir dalam minggu seterusnya ini? Apakah pula tema persembahan yang akan mereka persembahkan nanti? Saksikan Gelanggang Raja Lawak 6, setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (132)
sumber : Astro.com

No comments:

Post a Comment