Sunday, February 12, 2012

Undian Bukan Milik GMAN Undian Bukan Milik GMAN

GMAN


Tema Komedi Muzikal di Minggu Kelima Gelanggang Raja Lawak 6 menyaksikan satu lagi kumpulan meninggalkan Raja Lawak 6. Kumpulan yang dianggotai oleh Jiggy dan Man ini teah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu ini setelah undian tidak berpihak kepada mereka. Meskipun tersingkir, GMAN telah menunjukkan persembahan yang hebat serta mendapat pujian daripada juri.
Secara keseluruhan, persembahan daripada peserta Raja Lawak 6 minggu ini sangat memuaskan walaupun ada beberapa kumpulan yang kurang menyerlah berbanding minggu lepas dengan tema CINTA. Rata-rata peserta membuat persembahan yang menepati tema yang diberikan.
Persembahan yang hebat tanpa undian yang banyak oleh peminat tidak menjamin mana-mana peserta untuk kekal dalam Raja Lawak. Meskipun sukar untuk mengumumkannya, juri tetap Shiela Rusly terpaksa mengumuman penyingkiran minggu ini.
Kedudukan peserta selepas undian ditutup adalah seperti berikut:
  • 1. 2YOL - 21%
  • 2. AZERO - 13%
  • 3. SSHIRO - 12%
  • 4. CUIT - 12%
  • 5. ALBOB - 10%
  • 6. SELAK - 9%
  • 7. RIKI - 8%
  • 8. SKEMA - 8%
  • 9. GMAN - 7%
Dengan penyingkiran GMAN, 8 peserta yang tinggal bakal beraksi dalam Gelanggang Raja Lawak 6 Minggu Keenam. Apakah tema persembahan mereka minggu hadapan? Siapa pula yang akan tersingkir minggu hadapan? Saksikan Gelanggang Raja Lawak 6, setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (132).
Sumber : astro.com.my

Monday, January 23, 2012

Peserta Raja Lawak 6 Ditegur Oleh Cif-cif



Setelah menjalani minggu kedua dalam Raja Lawak 6, seperti biasa segala persembahan yang telah disampaikan oleh 12 peserta Raja Lawak 6 diimbas kembali dalam sesi "Post Mortem" yang diadakan bersama Cif Besar dan Cif Kecil. Segala kelemahan melalui komen-komen juri dikaji semula bagi meningkatkan lagi mutu persembahan lawak mereka.
Dalam sesi ini juga, tugasan untuk Gelanggang Raja Lawak 6 Minggu Ketiga diperkenalkan. Tugasan atau tema yang baru ini diumumkan oleh Cif Besar, Ahmad Idham. Segala idea, bentuk persembahan dan konsep yang akan mereka gunakan akan dilatih dan disampaikan di hadapan Cif Besar nanti sebelum digunakan di dalam Gelanggang Raja Lawak 6 Minggu Ketiga nanti.

p/s : Nak tahu apakah tema untuk minggu ni, kena tengok Raja Lawak Minggu 3 Jumaat ni 

Friday, January 20, 2012

Tiada Penyingkiran di Minggu 2 Raja Lawak 6



Hutang Emas Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibawa Mati, Hutang Peluang Hanya Sekali. Begitulah peluang yang diberikan kepada kesemua 12 peserta Raja Lawak 6 apabila tiada penyingkiran yang dilakukan malam ini. Kesemua peserta bakal berentap sekali lagi di minggu ketiga Gelanggang Raja Lawak 6.
Tema yang diberikan dalam minggu kedua iaitu HUTANG telah mempamerkan peningkatan oleh beberapa peserta yang sebelum ini dikritik hebat oleh juri-juri tetap. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan persembahan yang baik.
Walaupun tiada penyingkiran, 3 kumpulan iaitu ALBOB, RIKI dan KETUPAT telah dipanggil ke pentas. Juri juga telah memberikan beberapa peringatan agar melakukan persembahan yang bagus minggu akan datang. Peluang ini hanya diberikan sekali ini dan penyingkiran sudah pasti akan dilakukan minggu akan datang.
Berikut adalah peratusan markah yang diterima selepas talian undian ditutup.
  • 1. ZERO - 15%
  • 2. SHIRO - 11%
  • 3. CUIT - 10%
  • 4. 2YOL - 9%
  • 5. SELAK - 9%
  • 6. KODAN - 8%
  • 7. SKEMA - 7%
  • 8. GMAN - 7%
  • 9. KING - 6%
  • 10. ALBOB - 6%
  • 11. RIKI - 6%
  • 12. KETUPAT - 6%
Kesemua 12 peserta Raja Lawak 6 akan berentap semula dalam minggu ketiga Gelanggang Raja Lawak 6. Siapakah yang bakal tersingkir dalam minggu seterusnya ini? Apakah pula tema persembahan yang akan mereka persembahkan nanti? Saksikan Gelanggang Raja Lawak 6, setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (132)
sumber : Astro.com

RL 6 [Minggu 2] - Albob

Albob best kowt !   Jom layan .

Wednesday, January 18, 2012

Fakta Mengenai Kumpulan Albob


Terlebih dahulu, jom tengok biodata dua orang ni :

  • Abam
  • Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
  • Gombak, Kuala Lumpur
  • 23 tahun
  • Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
  • Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
  • Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.

  • Ali
  • Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan
  •  Kuala Lumpur
  •  22 tahun
  • Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
  • Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
  • Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.

Korang perasan tak, kumpulan ALBOB ni sebenarnya terdiri daripada dua adik-beradik. Si abang ialah Abam, manakala adiknya pula ialah Ali. Mereka ni berasal dari Gombak dan menjadikan Nora Danish sebagai pelakon wanita kegemaran mereka.

Kedudukan ALBOB dalam ranking undian ialah tercorot ! Jom undi mereka untuk bantu mereka kekal dalam Raja Lawak musim 6.


Monday, January 16, 2012

Video Raja Lawak 6 Minggu 1 [ Jozan Part ]


Seperti yang diketahui, Johan dan Zizan adalah pengacara bagi Raja Lawak musim ini. Sudah pasti ramai yang tonton Raja Lawak sebab nak tgok diorang ni. Memang terbaik lah. Tak dinafikan lagi diorang memang kelakar. OK kat sini kami pamerkan video Raja Lawak 6 Minggu 1 yang JOZAN punya part. Terbaekk !



p/s : jom bergelak ketawa bersama JOZAN !

Know anyone who just completed their SPM? Let them know about SEGi Scholarships!

Know anyone who just completed their SPM? Let them know about SEGi Scholarships!: SEGi University College is holding its Open Day on the 14th and 15 January 2012! Meet the Deans, tour the campus, discuss your study options with experienced counselors and preview the courses available. Register with SEGi during the Open Day and enjoy a rebate of RM500 AND, for those students joining the January or February intake, stand a chance to win an iPad 2 or iPod Shuffle. Get a foretaste of college life at SEGi this January!