Monday, January 23, 2012

Peserta Raja Lawak 6 Ditegur Oleh Cif-cif



Setelah menjalani minggu kedua dalam Raja Lawak 6, seperti biasa segala persembahan yang telah disampaikan oleh 12 peserta Raja Lawak 6 diimbas kembali dalam sesi "Post Mortem" yang diadakan bersama Cif Besar dan Cif Kecil. Segala kelemahan melalui komen-komen juri dikaji semula bagi meningkatkan lagi mutu persembahan lawak mereka.
Dalam sesi ini juga, tugasan untuk Gelanggang Raja Lawak 6 Minggu Ketiga diperkenalkan. Tugasan atau tema yang baru ini diumumkan oleh Cif Besar, Ahmad Idham. Segala idea, bentuk persembahan dan konsep yang akan mereka gunakan akan dilatih dan disampaikan di hadapan Cif Besar nanti sebelum digunakan di dalam Gelanggang Raja Lawak 6 Minggu Ketiga nanti.

p/s : Nak tahu apakah tema untuk minggu ni, kena tengok Raja Lawak Minggu 3 Jumaat ni 

Friday, January 20, 2012

Tiada Penyingkiran di Minggu 2 Raja Lawak 6



Hutang Emas Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibawa Mati, Hutang Peluang Hanya Sekali. Begitulah peluang yang diberikan kepada kesemua 12 peserta Raja Lawak 6 apabila tiada penyingkiran yang dilakukan malam ini. Kesemua peserta bakal berentap sekali lagi di minggu ketiga Gelanggang Raja Lawak 6.
Tema yang diberikan dalam minggu kedua iaitu HUTANG telah mempamerkan peningkatan oleh beberapa peserta yang sebelum ini dikritik hebat oleh juri-juri tetap. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan persembahan yang baik.
Walaupun tiada penyingkiran, 3 kumpulan iaitu ALBOB, RIKI dan KETUPAT telah dipanggil ke pentas. Juri juga telah memberikan beberapa peringatan agar melakukan persembahan yang bagus minggu akan datang. Peluang ini hanya diberikan sekali ini dan penyingkiran sudah pasti akan dilakukan minggu akan datang.
Berikut adalah peratusan markah yang diterima selepas talian undian ditutup.
  • 1. ZERO - 15%
  • 2. SHIRO - 11%
  • 3. CUIT - 10%
  • 4. 2YOL - 9%
  • 5. SELAK - 9%
  • 6. KODAN - 8%
  • 7. SKEMA - 7%
  • 8. GMAN - 7%
  • 9. KING - 6%
  • 10. ALBOB - 6%
  • 11. RIKI - 6%
  • 12. KETUPAT - 6%
Kesemua 12 peserta Raja Lawak 6 akan berentap semula dalam minggu ketiga Gelanggang Raja Lawak 6. Siapakah yang bakal tersingkir dalam minggu seterusnya ini? Apakah pula tema persembahan yang akan mereka persembahkan nanti? Saksikan Gelanggang Raja Lawak 6, setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (132)
sumber : Astro.com

RL 6 [Minggu 2] - Albob

Albob best kowt !   Jom layan .

Wednesday, January 18, 2012

Fakta Mengenai Kumpulan Albob


Terlebih dahulu, jom tengok biodata dua orang ni :

  • Abam
  • Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
  • Gombak, Kuala Lumpur
  • 23 tahun
  • Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
  • Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
  • Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.

  • Ali
  • Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan
  •  Kuala Lumpur
  •  22 tahun
  • Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
  • Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
  • Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.

Korang perasan tak, kumpulan ALBOB ni sebenarnya terdiri daripada dua adik-beradik. Si abang ialah Abam, manakala adiknya pula ialah Ali. Mereka ni berasal dari Gombak dan menjadikan Nora Danish sebagai pelakon wanita kegemaran mereka.

Kedudukan ALBOB dalam ranking undian ialah tercorot ! Jom undi mereka untuk bantu mereka kekal dalam Raja Lawak musim 6.


Monday, January 16, 2012

Video Raja Lawak 6 Minggu 1 [ Jozan Part ]


Seperti yang diketahui, Johan dan Zizan adalah pengacara bagi Raja Lawak musim ini. Sudah pasti ramai yang tonton Raja Lawak sebab nak tgok diorang ni. Memang terbaik lah. Tak dinafikan lagi diorang memang kelakar. OK kat sini kami pamerkan video Raja Lawak 6 Minggu 1 yang JOZAN punya part. Terbaekk !



p/s : jom bergelak ketawa bersama JOZAN !

Know anyone who just completed their SPM? Let them know about SEGi Scholarships!

Know anyone who just completed their SPM? Let them know about SEGi Scholarships!: SEGi University College is holding its Open Day on the 14th and 15 January 2012! Meet the Deans, tour the campus, discuss your study options with experienced counselors and preview the courses available. Register with SEGi during the Open Day and enjoy a rebate of RM500 AND, for those students joining the January or February intake, stand a chance to win an iPad 2 or iPod Shuffle. Get a foretaste of college life at SEGi this January!

Sunday, January 15, 2012

Profil Kodan, Satu-satunya Peserta Solo


  • Kodan
  • Mohd Shahdan Bin Salleh
  • Klang, Selangor
  • 27 tahun
  • Menyanyi, berlakon, mengacara,bermain percussion
  • Event Management
Mungkin ramai yang belum mengenalai KODAN ni, tapi sebelum ni KODAN juga pernah terlibat dalam beberapa aktiviti seni. Munkin belum rezeki dia lagi. Tapi kali ni KODAN berpeluang mengfamouskan diri setelah berjaya dalam ujibakat Raja Lawak 6. 

Bagi yang tidak mengenali Kodan, peserta solo ini pernah menjadi penyanyi bersama kumpulan Flava dalam program Gangstarz yang popular melalui lagu berjudul Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk. Malah, Kodan yang sebelum ini dikenali dengan nama Shahdan Salleh pernah menyertai program Pilih Kasih dan menjadi pengacara program Aktif 5 di iTV Saluran 180 di Astro.

"Ramai orang gelar saya gila program realiti TV. Namun, saya bukanlah begitu.

"Jikalau ada orang bertanyakan kerja sebenar, saya lebih selesa menjawab sebagai seorang penghibur. Saya juga tidak kisah jika orang nak panggil saya penyanyi, pelakon, pengacara atau apa sekalipun.

"Terus-terang, ini cubaan saya untuk menjadi pelawak. Bukan senang nak jadi pelawak. Saya menganggap pelawak adalah golongan cendiakawan kerana sering saja mempunyai idea kreatif untuk membuatkan orang berjenaka," katanya.

FLAVA - Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk

Papepun, buat KODAN, lakukan yang terbaik dalam Raja Lawak 6. Cabarannya sudah semestinya besar apatah lagi dia merupakan satu-satunya peserta solo dalam musim kali ini. 

Saturday, January 14, 2012

Profile Peserta Kumpulan Selak




  • fad
  • Mohamad Fadzlie Bin Mohd Nizam
  • Johor
  • 20 tahun
  • Menyanyi, berlakon
  • Customer Sevice Asst (TNB)
  • Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas
  • Wak
  • Mohammad Zulzaini Bin Senin
  • Johor
  • 20 tahun
  • Menyanyi, berlakon
  • Pelajar (Politeknik Johor Bharu)
  • Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas
Jom layan persembahan SELAK pada minggu pertama. Undian mereka pom BGUS. 12%. Di tangga kedua, belakang kumpulan SHIRO dalam carta undian.



Profile Peserta Kumpulan Shiro


Lucu kowt tengok kumpulan Shiro ni. Ada bakat lah. Terbaekk semalam. Yang sorang tu,tpi xpasti yang mana satu, suara sebijik macam Jep Sepah. Alahai, terubat jugak rindu kat Jep tu ye. Ikuti profile mereka kat bawah :

  • Shahrol
  • Shahrol Azizie Bin Azmi
  • Johor
  • 27 tahun
  • Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
  • Bekerja sendiri
  • Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6
  • Ajak
  • Mohd Hanaffi Bin Razak
  • Johor
  • 25 tahun
  • Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
  • Emcee
Video kumpulan Shiro di minggu pertama :



Undian mereka setakat ini pon OK lah. Tempat teratas lagi sekarang. Keep it up SHIRO !

Friday, January 13, 2012

Konsep Baru Raja Lawak 6

Selain menukar saluran TV, Raja Lawak 6 turut menampilkan konsep baru dengan mewujudkan sistem Chief Besar (Ahmad Idham) dan anggota kecilnya Chief Kecil yang terdiri daripada Pak Yus, Angah dan juga Taukeh Raja Lawak. Sistem ini kali pertama diperkenalkan dan ia sama sekali tidak pernah dilakukan dalam penganjuran RL musim 1 hingga musim ke-5.



Cif Besar

Cif Kecil

Cif Kecil

Cif Kecil

Pembaharuan yang dibuat adalah dengan penambahan tenaga pengajar iaitu Cif Besar dan Cif Kecik yang bertanggungjawab untuk mengasah bakat dan membantu peserta merangka persembahan komedi mereka. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.

Musim kali ini, setiap peserta Raja Lawak 6 akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana mereka akan diterajui oleh 3 orang pelawak tempatan sebagai guru. 3 orang guru bertindak sebagai penasihat dan dikenali sebagai Cif Kecik. Dalam pada itu, 3 Cif Kecik ini pula akan dipantau dalam pengawasan seorang Cif Besar.

Dalam pada itu, Raja Lawak 6 masih mengekal Johan atau Mohd Yazid Lim Mohd Aziz dan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak sebagai hos utama RL6 yang sememangnya diakui oleh pihak produksi bahawa mereka adalah daya tarikan program yang berteraskan komedi dan lawak jenaka tersebut.


Sumber :http://www.asyrafasnawi.com/info-raja-lawak-6/#ixzz1jQ93LHJA


Johan dan Zizan, Pengacara Raja Lawak 6



Seperti biasa, Johan dan Zizan akan menghoskan rancangan ini. Ye lah, dua-dua power kan. 
Lucu nak mampos. Memang patut ah diorang jadi pengacara. Kat bawah ni, video diorang promo Raja Lawak 6 masa Final Maharaja Lawak Mega. Lucu kowt. Jom layan.
                               


p/s : Johan dan Zizan, terbaikk woo !